Pogba bukan untuk dijual -- Raiola

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2018 280
Pogba bukan untuk dijual -- Raiola
Bintang Manchester United, Paul Pogba, bukan untuk dijual, berdasarkan kenyataan ejennya, Mino Raiola, yang mendakwa pemain tersebut sedang melalui waktu yang sukar di Old Trafford.

Masa depan Pogba bersama United semakin kabur berikutan situasi tegangnya bersama pengurus pasukan, Jose Mourinho.

Dua individu tersebut dilihat bertengkar ketika sesi latihan sebaik Mourinho melucutkan jawatan penolong ketua pasukan daripada Pogba.

Pogba turut mendakwa dia dilarang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Juara LaLiga, Barcelona, dan bekas pasukannya, Juventus, adalah antara pasukan yang dilihat sesuai buat pemain tengah tersebut, namun Raiola menidakkan situasi itu.

"Saya memilih untuk tidak bercakap mengenainya.

"Dia sedang melalui waktu yang sukar, namun dia bukan untuk dijual," kata Raiola kepada Rai Sport.

Pogba menjaringkan empat gol dalam kesemua kejohanan musim ini, dengan dua daripadanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen