Ole Gunnar Solskjaer berkata Paul Pogba masih tidak cergas sepenuhnya namun yakin pemain tengah Manchester United itu akan menjadi lebih baik selepas kemenangan dramatik 3-2 ke atas Brighton and Hove Albion.

Pogba tidak menjalani persiapan pramusim dengan penuh bersama United selepas diuji positif coronavirus bulan lalu.

Pemain tengah Perancis itu kurang berkesan ketika The Red Devils tewas 3-1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Pogba dikeluarkan dalam separuh masa kedua di Old Trafford dan sekali lagi dalam perlawanan semalam selepas 65 minit ketika berdepan Brighton di Stadium Amex.

Pengendali United, Solskjaer, mempertahankan bekas pemain Juve itu, selepas Bruno Fernandes berjaya memastikan tiga mata buat United selepas menyempurnakan penalti.

Solskjaer berkata mengenai Pogba, "Dia banyak terlepas pra-musim ekoran Covid-19, dia tidak beraksi bersama skuad Perancis serta aksi berdepan Villa.

"Kami dalam usaha untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya."

Brighton menggegar palang lima kali dan dinafikan sepakan penalti dalam separuh masa kedua namun Solly March menanduk masuk gol penyamaan dalam masa kecederaan sebelum United meraih sepakan penalti selepas bola terkena tangan Neal Maupay.