LEICESTER CITY 2 TOTTENHAM 1

Mauricio Pochettino memberi amaran kepada Tottenham supaya memperbaiki persembahan mereka selepas tewas 2-1 kepada Leicester City, awal pagi tadi.


Jamie Vardy dan Riyad Mahrez menjaringkan gol buat The Foxes sebelum tamat separuh masa pertama manakala Harry Kane meledak gol buat pasukan pelawat tetapi Spurs terpaksa pulang dengan kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power.

Tottenham telah tewas tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak Mac 2014 dan Pochettino menyedari tekanan pemain-pemain menghadapi perlawanan.

"Kami gagal mempamerkan persembahan yang selalu kami lakukan. Ia merupakan prestasi yang hambar pada babak pertama dan sukar buat kami untuk kembali memberikan saingan," katanya.

"Kami berasa sangat kecewa. Kami tidak memulakan permainan dengan cara yang betul dan memberikan ruang buat pasukan lawan meledak gol.

"Ketinggalan 2-0 menyukarkan lagi kami untuk mencari rentak. Kami perlu bangkit daripada kekalahan ini, bermula dengan aksi berdepan West Brom dan Borussia Dortmund," katanya lagi.