Pochettino: Spurs bertindak terlalu lambat

Oleh Stephen Creek 12 Disember 2016 1
Pochettino: Spurs bertindak terlalu lambat

MANCHESTER UNITED 1 TOTTENHAM 0

Mauricio Pochettino mengakui pasukannya terlalu lambat untuk bertindak ketika Harry Kane kehilangan bola sebelum Henrikh Mkhitaryan meledak gol kemenangan Manchester United di Old Trafford.


Kesilapan Kane tidak dipersiakan oleh Ander Herrera untuk melakukan hantaran kepada Mkhitaryan bagi menjaringkan gol sulung dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak tiba dari Borrusia Dortmund.

Jaringan tunggal itu sudah memadai untuk memisahkan kedua-dua pasukan, tetapi Pochettino mempertahankan persembahan skuad bimbingannya.

"Kedua-dua pasukan mampu mencipta kemenangan, ia merupakan perlawanan yang kompetitif. Saya tidak kecewa dengan persembahan pasukan saya. 

"Kami gagal bertindak pantas selepas kehilangan bola dan ia telah membenarkan United untuk menjaringkan gol. 

Ia merupakan kekalahan kedua Spurs musim ini tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, selepas 15 perlawanan.

Tentang Penulis

Stephen Creek

Komen