Mauricio Pochettino mengesahkan pemain sayap, Erik Lamela, sudah kembali pulih daripada kecederaan sertai bakal kembali untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Leicester City.

Pemain kebangsaan Argentina itu tidak beraksi untuk Spurs sejak pertemuan berdepan Liverpool dalam aksi Piala EFL musim lalu dan telah menjalani pembedahan pada bahagian pinggulnya.

Lamela telah turun beraksi bersama skuad B-23 tahun berdepan Chelsea awal bulan lalu dan Pochettino mengesahkan Lamela berkemungkinan turun beraksi di Stadium King Power.

"Ia adalah berita baik dan Lamela mungkin beraksi esok," katanya.

"Selepas menjalani latihan hari ini, dia menjelaskan dia berada dalam keadaan terbaik dan saya memiliki satu pilihan tambahan dalam skuad ini.

"Kehadirannya dalam pasukan amat penting.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu mengharapkan pada Lamela. Kami perlu terus menilai keadaannya supaya tiada masalah kecederaan yang berlaku selepas ini," ujarnya.