Pochettino nafi Aguero akan berhijrah ke Spurs

Oleh Staff Writer 29 Oktober 2016 0
Pochettino nafi Aguero akan berhijrah ke Spurs

Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, menafikan laporan mengatakan pasukan kendaliannya akan membawa masuk penyerang Argentina, Sergio Aguero, dari Manchester City.

Aguero mengalami kemarau gol setakat ini apabila gagal melakar jaringan dalam tempoh enam perlawanan di samping tidak diturunkan ketika City tewas 4-0 berdepan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Senario itu menimbulkan desas-desus di Sepanyol mengatakan pemain itu bakal berhijrah ke Spurs.

Bagaimanapun, Pochettino menafikan desas-desus tersebut.

"Laporan itu tidak benar, saya 100 peratus pasti," katanya dalam sidang media menjelang saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Leicester City pada Sabtu.

Namun, Pochettino tidak berselindung di sebalik rasa kagumnya terhadap pemain penyerang itu yang pernah dibandingkan dengan karya teragung oleh Mozart.

"Ketika Aguero bermain, ia bagaikan sebuah hasil seni muzikal klasik, cukup mempesonakan. Dia seorang penyerang terbaik dunia," kata Pochettino pada tahun 2014.

"Dia bagaikan Mozart."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen