Pochettino: Kane perlu tunggu

Oleh Penulis Jemputan 26 Oktober 2017 52
Pochettino: Kane perlu tunggu
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, mendedahkan Harry Kane masih belum pasti beraksi menjelang aksi getir bertemu Manchester United, Sabtu ini.

Penyerang England itu tiada dalam senarai pemain ketika Spurs tewas 2-3 di tangan West Ham dalam aksi Piala Liga, awal pagi tadi, selepas mengharungi aksi yang hebat dalam pertemuan dengan Real Madrid dan Liverpool, sebelum itu.

Penjaring terbanyak liga itu kini dalam situasi meyakinkan untuk merangkul anugerah penjaring terbanyak untuk musim ketiga berturut-turut selepas mendahului senarai dengan lapan gol selepas sembilan perlawanan.

Bagaimanapun, Pochettino mengambil langkah berjaga-jaga dengan merehatkan Kane ketika menentang West Ham dalam perlawanan yang menyaksikan Spurs tewas selepas mendahului 2-0.

"Kita akan lihat nanti," kata Pochettino ketika ditanya sama ada Kane akan beraksi menentang United.

"Kami perlu meneliti segenap aspek dalam pasukan kerana terpaksa melakukan sistem penggiliran atas sebab-sebab tertentu dan keputusan akan diketahui dalam masa beberapa hari," tambahnya.

Spurs dan United kini terikat 20 mata, lima mata di belakang pendahulu, Manchester City, namun skuad kendalian Jose Mourinho itu berada di kedudukan kedua atas perbezaan jaringan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen