Pique mahu bertemu Guardiola dalam aksi final UCL

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2017 140
Pique mahu bertemu Guardiola dalam aksi final UCL
Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, memuji Pep Guardiola dan berharap untuk berdepan bekas pengendalinya itu bersama Manchester City dalam aksi final Liga Juara-Juara
(UCL).


City mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dengan meraih 16 kemenangan daripada 17 perlawanan serta mencetak 52 gol setakat ini.

Guardiola memacu Barca meraih tiga gelaran LaLiga dan dua kejuaraan UCL, dan kejayaannya di England adalah sesuatu yang tidak mengejutkan Pique.

Pertahanan Sepanyol itu mahu berdepan bekas pengendalinya di Eropah musim ini, dalam perlawanan akhir UCL.

"Saya mempercayai beliau dan saya yakin beliau mampu meraih kejayaan bersama Manchester City," kata Pique.

"Mereka bermain dengan baik, pasukan pilihan untuk menjuarai EPL.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen