Kapten Everton, Phil Jagielka, percaya Wayne Rooney akan menerima sambutan yang baik di Goodison Park jika kapten Manchester United itu tidak lagi diperlukan di Old Trafford.

Rooney mengharungi permulaan musim 2016-17 yang hambar, diketepikan oleh United serta England, dan semakin kekurangan masa untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

Situasi pemain berusia 31 tahun itu mencetus khabar angin terhadap kepulangannya ke Merseyside selepas langkahnya meninggalkan Everton pada 2004, mencetus kemarahan penyokong The Toffees.

Tetapi Jagielka berasakan kemarahan itu sudah pudar di Everton dan pemain pertahanan ini menggalakkan supaya Rooney kembali bersama pasukan itu.

"Mungkin permulaan baru bersama pasukan lain mampu membantunya mencari semula rentak permainan.

"Dia adalah Evertonian dan saya pasti penyokong mahu melihat Rooney bermain di Merseyside," kata Jagielka.

"Dia masih memiliki kontrak jangkan panjang bersama Man United, dia adalah kapten mereka. Kurang waktu bermain bersama pasukan tidak bermakna dia tidak mempunyai peranan yang penting buat mereka."