Piala EFL: Solskjaer akui Manchester United masih terkial-kial cari rentak  

Oleh Shaiful Shamsudin 23 September 2020 925
Piala EFL: Solskjaer akui Manchester United masih terkial-kial cari rentak  
LUTON TOWN 0 MANCHESTER UNITED 3 

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menjelaskan Chris Smalling masih bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu gara-gara tanda harga ke atasnya masih belum dipenuhi.


Smalling disisihkan daripada skuad United yang menundukkan Luton Town 3-0 dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi. 

Pertahanan berusia 30 tahun itu menampilkan aksi yang memberangsangkan ketika dipinjam ke Roma musim lalu dan jaguh Serie A berkenaan difahamkan ingin menandatangani Smalling menerusi perjanjian tetap, namun United dilaporkan meletakkan syarat bayaran £18 juta (RM 94.8j).

"Buat masa ini, kami belum mendapat tawaran di tahap seperti yang kami mahukan," katanya selepas perlawanan di Kenilworth Road itu. 

"Begitulah keadaannya."

"(Penilaian tanda harga Smalling) bukan terletak di tangan saya. Bukan saya yang berunding di antara kedua-dua kelab, tetapi kami belum mendapat tawaran yang mencukupi dan itu saja."

The Red Devils menerajui separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Juan Mata tetapi kurang bermaya dalam sebahagian besar perlawanan dan memerlukan ketangkasan penjaga gol muda, Dean Henderson, sebelum gol pemain gantian, Marcus Rashford dan Mason Greenwood, menjamin kemenangan pelawat. 
 

Luton, seperti United, banyak melakukan rombakan susulan itu Solskjaer memuji pasukan bimbingan Nathan Jones tersebut.

"Anda dapat lihat kami memerlukan minit permainan," katanya, selepas menyaksikan barisan utamanya tumbang 1-3 dalam aksi pembukaan EPL menentang Crystal Palace pada hujung minggu lalu. 

"Pemain-pemain ini memerlukan minit permainan untuk membina ketajaman mereka. Tahap bola sepak Inggeris semakin baik, begitu juga dengan pasukan Liga Kejuaraan, ia bukan pasukan sebarangan. 

"Piawaiannya tinggi dalam Liga Kejuaraan jadi mereka harus melakukannya dengan baik. Mereka membuatkan kami terpaksa bekerja keras tetapi ada juga beberapa hal positif.

"Saya amat meggemari beberapa gol terakhir yang disumbat kami menerusi serangan pantas, ia begitu laju. Penyudahnya juga menarik."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen