Liverpool menghantar semula pertahanannya, Nathaniel Phillips, untuk melengkapkan tempoh pinjamannya di Stuttgart sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu dipanggil semula ke Anfield, 27 Disember lalu memandangkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sedang mengalami krisis kecederaan di bahagian pertahanan.

Phillips melakukan penampilan pertamanya bersama Liverpool ketika menewaskan Everton dalam Piala FA awal bulan ini tetapi disahkan untuk kembali menjalani tempoh pinjamannya di Stuttgart kerana Joel Matip (lutut) dan Dejan Lovren (paha) sudah hampir pulih daripada kecederaan masing-masing.

Stuttgart kini berada di tangga ketiga Bundesliga II dan Phillips melakukan sembilan penampilan liga dalam musim pertamanya.



Editor: Muzaffar Musa