Pengendali Watford, Walter Mazzari, menegaskan dia tidak ada masalah dengan pertikaman lidah di antara dua pemainnya, Etienne Capoue dan Jose Holebas, yang tercetus ketika melakar kemenangan 1-0 berdepan Middlesborough minggu lalu.

Holebas menjaringkan gol dari jarak jauh di Riverside, namun dia kemudiannya terlibat dengan pertelingkahan bersama Capoue di akhir perlawanan.

Mazzari, yang bercakap menjelang kunjungan ke Stadium Liberty berdepan Swansea City pada Sabtu, menjelaskan dia tidak ada masalah dengan senario tersebut dan mendakwa dia 'gembira' dengan tindakan kedua-dua pemain itu.

"Saya jelaskan di sini -- ketika latihan mereka bermain dalam pasukan yang sama, mereka sering berbincang dan cuba meningkatkan permainan antara satu sama lain," katanya.

"Mereka sering berbincang, mereka sangat rapat dan saya gembira dengan apa yang berlaku kerana ia bukti bahawa mereka mahukan yang terbaik."