Penjaga gol hantaran paling lemah jaring gol terjauh 

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Januari 2021 6842
 Penjaga gol hantaran paling lemah jaring gol terjauh 
Penjaga gol Newport County, Tom King, secara rasminya mencipta rekod baru dunia untuk gol terjauh yang pernah dicatatkan.

Ketika terikat 1-1 dengan Cheltenham Town dalam kempen Liga Dua kelmarin, King menyepak bola dari kotak penalti sendiri dan bola melambung dengan bantuan angin sebelum menembusi gawang yang dikawal Joshua Griffiths. 

King melakukannya dari jarak 96.01 meter, sekali gus diangkat sebagai gol terjauh yang pernah diukur dalam kejohanan kompetitif berdasarkan Guinness World Records.

Catatan sebelum ini milik penjaga gol, Asmir Begovic, yang beraksi untuk Stoke City, apabila meledak jaringan dari jarak 91.9m ketika menentang Southampton dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2 November 2013 .

Ditandatangani daripada Millwall pada 2019, King telah membuat 34 penampilan bersama pasukan Liga Dua itu dengan tiga daripadanya hadir pada tahun ini.

Menariknya, ketika waktunya di Newport, dia berada di tangga ke-15 -- kedudukan paling lemah -- dalam kalangan semua penjaga gol divisyen itu daripada segi ketepatan iaitu 36 peratus.
   

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen