Pep Guardiola mencadangkan Manchester City akan mempunyai keutamaan lain dalam jendela perpindahanakhir musim ini daripada mencari pengganti Leroy Sane.

Jumaat lalu Guardiola mengesahkan Sane tidak akan melanjutkan kontrak di Stadium Etihad, dengan Bayern Munich dijangka menjadi destinasi seterusnya buat pemain sayap Jerman itu.

City diharapkan dapat mencapai kesepakatan dengan juara Bundesliga menjelang 2020-21, walaupun Bayern mungkin akan kecewa jika mereka terpaksa menerima nilai perpindahan yang tinggi buat pemain tersebut, walauapun Guardiola tidak menolak sepenuhnya pemain berusia 24 tahun itu akan terus kekal sehingga tamat kontraknya bersama kelab.

Kecederaan ligamen lutut memaksa Sane terlepas hampir keseluruhan musim 2019-20, dengan City terpaksa berusaha dengan menurunkan beberapa pemain yang berbeza untuk turut di posisi tersebut -- Raheem Sterling, Riyad Mahrez, Gabriel Jesus dan Phil Foden antara pemain yang terpaksa mengetepikan posisi utama mereka.
oleh pengurus.

"Pertama, Sane adalah pemain City. Saya tidak tahu adakah dia akan meninggalkan musim panas ini atau semalam tamat kontraknya," kata Guardiola.

"Kami mempunyai pemain yang cukup baik di bahagian serangan, Gabriel boleh bermain di sebelah kiri, Phil Foden boleh bermain di sebelah kiri, dan kami mempunyai Sterling.

"Kami mempunyai pemain berbakat besar di depan. Sebilangan besar mereka sepanjang masa dalam keadaan sihat -- seperti Foden, Mahrez, Gabriel, Raheem.

"Saya rasa kita mungkin mempunyai keutamaan lain dan saya tidak tahu, setelah Covid-19, keadaan ekonomi dan kewangan telah kelab berubah.

"Saya tidak tahu bagaimana keadaannya. Kita akan melihatnya pada akhir musim ini."