Mauricio Pochettino tidak berasakan pembangunan semula White Hart Lane harus dijadikan alasan Tottenham bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Spurs mengakhiri saingan EPL di tempat kedua pada musim lalu tetapi kini menghuni tangga kelima selepas 20 perlawanan, ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Kerja-kerja penambahbaikan di White Hart Lane memaksa Spurs berpindah ke Wembley selama setahun di samping kelab itu membawa masuk beberapa pemain seperti Davinson Sanchez, Serge Aurier, Fernando Llorente dan Juan Foyth.

Penjualaan Kyle Walker dan Kevin Wimmer kepada Manchester City dan Stoke City telah membantu mengimbangi perbelanjaan kelab, bagaimanapun ia menyaksikan mereka ketinggalan jauh dalam saingan domestik.

Pochettino menerima pembangunan semula stadium memberikan impak tetapi enggan menjadikannya sebagai alasan di atas persembahan kurang memberangsangkan pada separuh pertama musim ini di sebalik rekod yang telah dicipta oleh Harry Kane.

"Memenangani gelaran adalah segala-galanya," kata Pochettino.

"Kami memiliki beberapa bintang di sini tetapi ini adalah bola sepak di mana semua pemain memiliki peranan yang penting."