Pemain Tottenham satu anugerah -- Mourinho tidak perlukan nama baru

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2019 357
Pemain Tottenham satu anugerah -- Mourinho tidak perlukan nama baru
Jose Mourinho menegaskan dia sangat gembira dengan barisan pemain yang dimiliki dalam skuad Tottenham Hotspur dan tidak perlu aktif dalam pasaran perpindahan.

Kelmarin, Mourinho menandatangani kontrak selama tiga tahun enam bulan selaku ketua jurulatih Spurs yang baru setelah finalis Liga Juara-Juara Eropah musim lalu itu memecat Mauricio Pochettino.

Hubungan baik pengendali itu dengan Pengerusi Tottenham, Daniel Levy, dilihat menjadi faktor kepada pelantikan itu.

Sepanjang karier selaku pengurus, bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu sering bertelagah dengan pihak atasan kelab mengenai polisi perpindahan.

Susulan reputasi Levy yang suka berjimat dalam urusan kemasukan pemain, Spurs tidak mendapatkan sebarang nama baru dalam dua jendela perpindahan musim lalu walaupun Spurs memecahkan rekod kelab sewaktu membawa masuk Tanguy Ndombele awal musim ini.

Bagaimanapun, Mourinho mahu fokus dengan apa yang dimiliki sewaktu sidang media pertamanya mengendalikan Spurs, dengan menumpukan perhatian kepada jumlah pemain yang ada dalam skuad baru kendaliannya itu.

"Anugerah terbaik adalah barisan pemain yang berada di sini. Saya tidak perlukan pemain baru. Saya hanya perlu lebih mengenali mereka satu persatu," katanya.

"Saya kenal mereka dengan baik tetapi ia tidak cukup sehingga anda menemui setiap pemain.

"Saya memberitahu semua pemain bahawa saya datang ke sini kerana mereka. Saya cuba untuk membeli sesetengah daripada mereka untuk kelab lain dan ada juga yang saya tidak mencuba kerana anda tahu ia sukar."

Spurs bakal menyambung aksi Liga Perdana Inggeris di West Ham United malam esok di mana Mourinho bakal memulakan semula perseteruan dengan musuh lamanya, Manuel Pellegrini, tatkala mereka kini menduduki tangga ke-14 liga.

Laporan mengenai masalah di dalam skuad semakin menjadi buruk ketika minggu terakhir Pochettino bersama Spurs sambil masa depan beberapa bintang seperti Christian Eriksen, Toby Alderweireld dan Jan Vertonghen yang bakal menuju akhir kontrak hujung musim ini terus menjadi persoalan.

Namun, Mourinho yakin dia berada di tempat yang betul untuk memulakan semula kariernya selepas mengharungi tempoh yang suram di United.

"Secara gembira, saya yakin pilihan ini yang terbaik. Melihat skala daripada 10, ia markah penuh," tambahnya.

"Apabila kelab bertukar ketika pertengahan musim, ia disebabkan perkara yang tidak bagus. Kadangkala, keputusan menyebabkan keputusan ini. Saya tidak kata ia satu pekerjaan yang besar. Potensi kelab ini sangat besar dan pemain sangat hebat.

"Salah satu faktor saya ke sini adalah visi yang ditunjukkan Levy mengenai kelab ini. Saya tahu potensi satu tugas yang hebat kini dalam genggaman."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen