Pemain muda tidak akan menangi gelaran -- Wenger

Oleh Stefan Coerts 12 Oktober 2016 1
Pemain muda tidak akan menangi gelaran -- Wenger
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menekankan aspek pengalaman dan berasakan asas umur kepada kejayaan sesebuah pasukan adalah pemain dalam lingkungan usia 23 hingga 30 tahun. 

Wenger kerap dikritik kerana gemar mengetengahkan pemain muda berbanding pemain bintang, namun dia kini sedar skuad muda tidak akan memenangi trofi utama. 

"Untuk menjadi pemain bola sepak yang sebenar, anda perlu berusia 23 tahun kerana terlebih dahulu anda perlu belajar, anda akan mengharungi permainan hebat dan ada kalanya menampilkan permainan yang biasa sahaja," kata Wenger kepada laman rasmi kelab itu. 

"Anda boleh memiliki satu atau dua pemain berbakat, sepertimana kami memiliki Hector Bellerin dan Alex Iwobi ketika ini, namun asas kepada pasukan adalah pemain berusia dari 23 hingga 30 tahun. 

"Jika anda melihat kepada pasukan kebangsaan, mereka tidak akan memenangi kejohanan dengan skuad muda, ini kerana ia lebih menguji kekuatan mental untuk memenangi kejuaraan besar. 

"Anda perlukan pengalaman di tahap tertentu."

Arsenal bakal berentap dengan Swansea City di tempat sendiri dalam aksi liga pada Sabtu ini. 

Tentang Penulis

Stefan Coerts

Komen