Payet: Saya mungkin terpaksa tinggalkan The Hammers

Oleh Jack Davies 20 Disember 2016 1
Payet: Saya mungkin terpaksa tinggalkan The Hammers

Pemain tengah West Ham, Dimitri Payet, mengakui dia mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu untuk mencapai cita-citanya beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Payet menjaringkan 15 gol dalam 44 penampilan bersama The Hammers musim lalu, namun bergelut untuk mengulangi prestasinya dan West Ham kini hanya berkelebihan lima mata daripada zon penyingkiran selepas 17 perlawanan.

Pemain kebangsaan Perancis itu sebelumnya gagal membantu bekas pasukannya, Lille dan Marseille, untuk beraksi dalam UCL.

Payet berkata tarikan beraksi di Eropah mungkin memaksanya untuk meninggalkan Stadium London.

"Situasi The Hammers memberikan kesan kepada saya, saya merindui aksi UCL," kata Payet.

"Saya sedang berjuang bagi membantu kelab keluar daripada situasi ini tetapi saya masih terbuka untuk menerima mana-mana tawaran daripada kelab lain.

"Saya berada di tahap yang terbaik untuk beraksi dan saya tidak mahu terlepas perlawanan-perlawanan yang penting.

Payet turut berkata pengendali Arsenal, Arsene Wenger, berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Ketika anda melihat Arsenal sedang beraksi, sebagai seorang pemain, anda boleh menikmati setiap saat di atas padang. Mereka merupakan pasukan pilihan untuk mencabar takhta liga setiap musim.

"Marseille juga mempunyai projek baru dan telah menarik minat saya untuk kembali ke Perancis."

Tentang Penulis

Jack Davies

Komen