Arsenal akhirnya mendatangkan kekuatan baru di bahagian tengah apabila melengkapkan perpindahan pemain sasaran, Thomas Partey, daripada Atletico Madrid.

Partey, 27, memerlukan Arsenal mengeluarkan perbelanjaan £45 juta (RM242.6 juta) untuk membawanya ke Stadium Emirates selepas kelab itu bersetuju untuk menebus klausa perpindahannya, hanya 32 minit sebelum jendela perpindahan ditutup.

Dengan Partey menandatangani kontrak jangka panjang, Lucas Torreira pula menuju ke arah bertentangan untuk dipinjamkan kepada Atletico, juga dengan kontrak jangka panjang.

Pemain kebangsaan Ghana it sudah lama diidamkan oleh Arsenal dan dilaporkan menjadi sasaran utama mereka dalam jendela perpindahan kali ini.

The Gunners dilaporkan sudah menyatakan keinginan mereka itu kepada Atletico sejak awal jendela perpindahan dibuka tetapi skuad Los Colchoneros itu enggan berunding mengenai harga yang ditetapkan.

Kekangan kewangan menyebabkan Arsenal perlu berhati-hati dalam menebus klausa pelepasan itu tetapi mereka akhirnya sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan pemain berkenaan.

Partey tiba daripada akademi Atletico pada 2012.

Selepas dipinjamkan kepaa Real Mallorca dan Almeria, dia kemudian menjadi pemain tetap dalam pasukan utama Atletico selama tiga musim.