Pardew mahu pilih pengambil sepakan penalti yang baru

Oleh Dejan Kalinic 17 Oktober 2016 2
Pardew mahu pilih pengambil sepakan penalti yang baru

Pengurus Crystal Palace, Alan Pardew, akan akan mempertimbangkan pengambil sepakan penalti yang baru selepas Christian Benteke gagal melakukannya ketika tewas kepada West Ham pada Sabtu.

Crystal Palace tewas 1-0 kepada West Ham di Selhurst Park yang menyaksikan Benteke gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Palace kini menduduki tangga kesembilan saingan liga dan Pardew berkata beliau harus melantik pemain lain untuk menyempurnakan sepakan penalti.

"Kami telah gagal buat kali kedua untuk tahun ini," ujar Pardew.

"Yohan Cabaye telah gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Bournemouth pada Ogos. Jadi, kami harus memperbaiki kelemahan ini supaya perkara ini tidak akan berulang lagi."

 

Tentang Penulis

Dejan Kalinic

Komen