Ozil, Arsenal hampiri persetujuan

Oleh Penulis Jemputan 12 Oktober 2017 7656
Ozil, Arsenal hampiri persetujuan
Perbincangan mengenai kontrak baru di antara Arsenal dan Mesut Ozil kini berjalan lancar walaupun wujud minat daripada Besiktas untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Kontrak Ozil bersama Gunners bakal tamat pada akhir musim ini dan pemain tengah Jerman itu terus dikaitkan untuk meninggalkan pasukan.

Manchester United menjadi antara pasukan yang menyatakan hasrat untuk mendapatkan Ozil, dan kini Besiktas menjadi pasukan terbaru yang berminat dengan bekas pemain Real Madrid itu.

Bagaimanapun, wakil Ozil, Dr Erkut Sogut, menjelaskan situasi sebenar kepada Fanatik.

"Ozil berbesar hati dengan minat yang ditunjukkan oleh Besiktas, namun tiada sebarang dokumen yang diterima.

"Walaupun jika ia berlaku, dia tetap mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk sekurang-kurangnya dua atau tiga musim lagi.

"Perbincangan dengan Arsenal masih lagi berlangsung dan segala-galanya kini berada dalam keadaan positif," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen