Martin O'Neill memuji Leicester City di bawah kendalian Brendan Rodgers dan berasakan kejayaan meraih gelaran Liga Perdana Inggeris sebelum ini masih membantu pasukan itu.

Leicester di landasan tepat untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan skuad The Foxes itu kini menduduki tangga ketiga liga sebelum pandemik koronavirus mengganggu kelangsungan liga divisyen utama England berkenaan.

Musim ini juga menyaksikan mereka menyamai rekod jaringan terbesar dalam Liga Perdana ketika menewaskan Southampton 9-0 sambil berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Chelsea, Manchester United, Tottenham dan Arsenal dalam carta liga.

Ia permulaan musim penuh yang baik buat Rodgers, yang menyertai pasukan itu daripada Celtic tahun lalu di mana mereka menamatkan saingan di tangga kesembilan dan O'Neill -- yang mengemudi pasukan itu dari 1995 hingga 2000 dan memenangi dua gelaran Piala EFL -- kagum dengan apa yang disaksikannya.

Dia berasakan kejayaan Leicester memenangi Liga Perdana pada 2016 telah membawa kelab itu ke satu tahap kebijaksanaan, membantu mereka mencipta asas kukuh yang membentuk pasukan terkini.

"Adakah saya fikir Leicester akan layak ke Liga Juara-Juara? Itu sudah tentu," katanya kepada Stats Perform News.

"Mereka berada di kedudukan yang amat baik. Mereka bermain dengan amat-amat baik, mereka juga bermain dengan cara yang amat baik.

"Jadi, pujian buat pengurus mereka, Brendan. Dia telah melakukannya dengan amat baik.

"Musim ketika mereka memenangi liga amat luar biasa.

"Saya fikir mereka telah menenggelamkan musim-musim kami sebelumnya ketika menamatkan liga di kedudukan 10 terbaik bagi empat musim berturut-turut dan memenangi dua gelaran Piala EFL.

"Tetapi secara keseluruhan, Leicester City satu pasukan yang amat bagus, mereka sedang bersaing.

"Mereka juga sedang bersaing secara kewangan dalam pasaran pemain.

"Mereka amat bijak, mereka memperoleh banyak wang daripada Manchester United untuk pertahanan tengah (Harry Maguire) dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

"Sudah pasti kejayaan memenangi liga beberapa musim lalu memberikan mereka kebijaksanaan.

"Mereka adalah pasukan untuk diperhatikan, tiada persoalan mengenai perkara itu," katanya.