Tottenham dijangka untuk kembali 'normal' dalam tiga perlawanan berturut-turut menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal tetapi telah membuktikan keraguan mereka salah, kata Jose Mourinho.

Spurs meraih kemenangan dalam aksi derby London utara menerusi jaringan Son Heung-min dan Harry Kane -- gol yang ke-250 untuk kelab dan negara dan yang ke-11 ke atas Arsenal -- memastikan kemenangan 2-0 semalam.



Kemenangan itu kembali meletakkan skuad kendalian Mourinho di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana mereka akan kekal seminggu lalu dengan berkelebihan ke atas Liverpool menerusi perbezaan jaringan.

Mourinho berpandangan sebelum ini Tottenham sekadar seperti 'anak kuda' dalam persaingan takhta liga dan ditanya jika pandangan itu telah berubah.

"Kami meraih tiga mata lebih berbanding apa yang telah diperoleh sebelum ini. Kami telah mula berkembang," katanya.

"Saya dapat membayangkan banyak orang berfikir bahawa tiga perlawanan berturut-turut -- City, Chelsea, Arsenal -- akan menjadi masa untuk kami keciciran mata dan kembali kepada 'normal', tetapi kita tidak kembali kepada 'normal'.

"Kami meraih tujuh mata daripada sembilan. Saya percaya seminggu lagi di puncak liga."