Neville tiada hati dalam bidang kejurulatihan 

Oleh Staff Writer 15 Ogos 2019 92
Neville tiada hati dalam bidang kejurulatihan 
Gary Neville menolak prospek untuk kembali sebagai pengurus sambil mengakui beliau tidak mempunyai keinginan untuk berada di padang latihan.

Bekas bek kanan Manchester United itu dikecam hebat di Valencia pada 2015-16, di mana dia dipecat selepas hanya bertugas selama empat bulan selain menghabiskan tempoh empat tahun sebagai sebahagian kakitangan kejurulatihan England di bawah bimbingan Roy Hodgson di antara 2012 dan 2016.

Bagaimanapun, bekas pemain Manchester United berusia 44 tahun itu berkata dia kini lebih tertumpu kepada tugasan di stesen televisyen dan menguruskan perniagaannya, termasuk kelab Liga Dua, Salford City, di samping rakan-rakannya baiknya daripada generasi 'Class 92', termasuk adiknya, Phil, David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs dan Paul Scholes.

"Tiada satupun daripada bahagian tubuh saya berkeinginan untuk berada di padang latihan," kata Neville kepada program BBC Radio 4 Today.

"Saya pernah menempuhi detik mengecewakan di Valencia dan ia mungkin salah satu pengajaran terbaik buat saya. Ia bagaikan pukulan buat saya dan kadang-kadang anda memerlukannya dalam kehidupan.

"Saya lebih berminat untuk berada di dalam bilik ahli lembaga pengarah atau di bahagian perniagaan. Saya suka menonton perlawanan tetapi saya tidak berminat untuk berada di padang latihan, saya berasakan telah melakukan hal itu dalam sebahagian besar kehidupan saya, jadi saya mahu beralih kepada perkara lain."

Phil pula kini bertindak sebagai pengurus pasukan wanita England manakala adik perempuannya, Tracey, baru-baru ini melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan bola jaring wanita England.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen