Manchester United menjadi "sekolah" terbaik dalam kehidupan Nani selepas dia belajar bagaimana untuk bekerja di bawah Alex Ferguson tetapi ia bukan jalan yang mudah buat bekas bintang Portugal itu.

Bercakap kepada Stats Perform News, Nani mendedahkan ketika dikendalikan Ferguson: "Saya rasa detik-detik terbaik ialah semua piala yang kami menangi bersama kerana saya fikir apabila anda beraksi untuk jurulatih seperti itu, caranya menguruskan pasukan dan dahagakan kemenangan, kami akan berasa istimewa, bukankah begitu?"

Pemain Orlando City yang kini mencecah 35 tahun itu dipancing ke Old Trafford daripada Sporting CP ketika remaja dan berhasil menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (EPL) selain deretan trofi lain.





Namun, tunjuk ajar daripada pengurus legenda itu yang sentiasa terbuka untuk berbincang selain rakan sepasukan yang saling menyokong membawa manfaat kepada perkembangannya.

"Tetapi jelas sekali saya perlu belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan Alex Ferguson kerana di peringkat awal, saya tidak begitu memahaminya dengan baik, ini disebabkan saya terlalu emosional.

"Berdasarkan latar belakang saya, saya memerlukan beberapa pengajaran dalam kehidupan ini dan saya menimbanya dengan segera di samping semua rakan sepasukan dan jurulatih. Saya gembira kerana pada akhirnya kerana mereka mematang dengan begitu cepat.

"Saya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan permainan dengan mereka dan bagaimana berkelakuan di sebuah kelab besar seperti Man United, itulah sebabnya hari ini ketika saya menyorotnya semula, saya melihat banyak kenangan indah.

"Ia sekolah terbaik sepanjang hidup saya kerana apa yang saya pelajari sepanjang tujuh tahun di Man United, mereka menjadikan bahawa hari ini saya berkemampuan untuk menjadi diri sendiri dan memahami perkara-perkara dengan cara saya memahaminya."