Moyes: Kekalahan yang terlalu keras buat West Ham

Oleh Penulis Jemputan 30 November 2017 75
Moyes: Kekalahan yang terlalu keras buat West Ham
Pengurus West Ham, David Moyes, berasakan kekalahan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Everton terlalu keras buat pasukannya.

Wayne Rooney meledak hatrik buat The Toffees dan Ashley Williams melengkapkan kemenangan bagi meraih tiga mata penuh untuk keluar daripada zon penyingkiran.

West Ham berpeluang untuk kembali ke dalam perlawanan ketika ketinggalan 2-0 tetapi Manuel Lanzini melepaskan peluang menerusi sepakan penalti sebelum Rooney menjaringkan gol ketiga dan ia menyukarkan peluang buat The Hammers.

Moyes berpuas hati dengan persembahan pasukannya dalam babak kedua dan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti itu menambah duka pasukan.

"Kami tidak bermain dengan baik pada babak pertama tetapi pasukan mempamerkan kebangkitan, cuma gagal mencetak gol. Kesilapan menghukum kami.

"Sukar untuk mengejar perlawanan ketika ketinggalan 3-0. Kami seharusnya memulakan perlawanan ini dengan lebih baik.

"Pasukan dihukum dengan kesilapan sendiri dan ia merupakan perlawanan yang baik untuk Everton," katanya.

West Ham selepas ini akan bertemu pendahulu EPL, Manchester City, yang menewaskan Southampton 2-1 untuk meneruskan permulaan musim tanpa sebarang kekalahan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen