Jose Mourinho percaya Harry Kane akan turun berdepan dalam aksi derby London Utara walaupun mengalami kecederaan yang menyaksikan dia terlepas aksi Liga Europa bertemu LASK.

Tottenham kekal di puncak Liga Perdana Inggeris menerusi perbezaan jaringan walaupun seri tanpa jaringan dengan Chelsea dalam aksi terdahulu.

Kane beraksi selama 90 minit di Stamford Bridge tetapi diragui untuk beraksi dalam aksi bertemu Arsenal.

Mendedahkan Erik Lamela, Carlos Vinicius dan Sergio Reguilon turut antara yang mengalami kecederaan, Mourinho berkata, "Lamela telah cedera hampir sebulan.

"Saya tidak percaya dia akan berpeluang hujung minggu ini. Harry, Vinicius dan Sergio -- ada peluang untuk mereka untuk bertemu Arsenal.

"Saya tidak akan menjelaskan kecederaan Kane. Saya yakin dia akan bertemu Arsenal.

"Saya tidak mahu menipu, menyelindung mengenai peluang dia akan beraksi atau sebaliknya. Saya berasakan dia akan turun beraksi."

Kane telah meledak tujuh gol dalam 10 aksi EPL musim ini dan gandingannya, Son Heung-min, telah meledak sembilan gol.

Spurs mampu memastikan mereka ke pusingan 32 ketika bertemu LASK, dengan Mourinho menegaskan aksi derby tidak akan memberi kesan kepada pasukannya.

"Kami tidak memikirkan tentang Arsenal. Apabila anda membuat perubahan, anda membuat perubahan berdasarkan masalah yang kami hadapi.

"Apabila kita melakukannya, kita mempercayai pemain yang kita ada. Kami tidak melemahkan pasukan kerana perlawanan Liga Perdana akan datang."