Mourinho: United tidak berada dalam saingan takhta liga

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2018 342
Mourinho: United tidak berada dalam saingan takhta liga
Jose Mourinho mengakui Manchester United tidak berada dalam persaingan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran permulaan hambar musim ini.

United, yang menghuni tangga ke-10 selepas mengumpul 17 mata, akan bertemu Bournemouth dalam aksi EPL di Dean Court malam ini.

Skuad kendalian Mourinho itu mengakhiri saingan EPL musim lalu di tangga kedua tetapi ketinggalan sembilan mata kepada pendahulu liga, Manchester City, selepas 10 perlawanan.

Pengendali kelahiran Portugal itu berasakan United perlu kembali bersaing untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

"Apabila anda berada di luar kelompok empat pasukan terbaik, saya tidak berasakan anda perlu berbincang mengenai persaingan takhta liga," kata Mourinho.

"Kami perlu berusaha meraih mata sebelum penghujung Disember bagi membantu pasukan berada dalam kedudukan yang lebih baik," ujarnya.

United telah meraih tujuh mata dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Mourinho kekal bersemangat di sebalik cabaran yang menanti United dalam beberapa minggu akan datang.

"Kami memiliki dua aksi di tempat lawan, Bournemouth dan Manchester City. Kami juga akan bertandang untuk aksi UCL berdepan Juventus dan Valencia sebelum bertemu Liverpool. Sememangnya, jadual perlawanan tidak memihak pasukan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen