Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, membenarkan pemain-pemain yang mahu meninggalkan kelab itu Januari ini.

Henrikh Mkhitaryan dan Luke Shaw merupakan antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama musim ini.

Mourinho menyatakan tawaran yang dipertimbangkan kepada mereka yang mahu meninggalkan Old Trafford.

"Saya berpendapat mereka boleh meninggalkan kelab, tetapi dengan nilai yang bersesuaian. Ia adalah pendekatan saya sebagai pengurus," kata Mourinho.

"Setiap pemain ada nilainya.

"Jika pemain-pemain tidak gembira, jika mereka meminta untuk berhijrah, kami perlu membuat keputusan yang tepat. Seperti Memphis Depay dan Morgan Schneiderlin, saya tidak pernah berkata tidak."

Mourinho juga dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti skuadnya, dengan pertahanan, Eric Bailly, bakal terlepas tiga bulan kerana menjalani pembedahan buku lali.