Jose Mourinho menyifatkan jadual padat yang bakal ditempuhi Tottenham sebagai amat melucukan apabila perlu bertandang ke Southampton untuk memulakan perlawanan pada tengah hari waktu tempatan.

Spurs, yang bergelut untuk kemenangan 2-1 ketika menentang Lokomotiv Plovdiv dalam kempen Liga Europa di Bulgaria semalam, bakal berkunjung pula ke Macedonia untuk menghadapi Shkendija minggu depan.

Ia berlaku dua hari selepas mereka menentang Leyton Orient dalam Piala Liga Inggeris (EFL) sementara kemenangan dalam kedua-dua pertandingan kalah mati itu akan memastikan mereka mengulangi jadual hampir sama minggu berikutnya.

Walaupun pengendali Portugis itu berhasrat memburu trofi, namun dia tidak berasa senang dengan pihak penganjur yang mengatur kalendar tersebut.

"Saya harap ini adalah (jadual yang sibuk) memandangkan saya tidak mahu tersingkir daripada Liga Europa bahkan dalam Piala EFL," katanya.

"Tetapi orang-orang yang membuat keputusan ini tidak mungkin lupa aspek seperti ini, ini adalah satu jenaka, ia amat melucukan.

"Kami sangat beruntung kerana Leyton (Orient) telah menyingkirkan mengalahkan Plymouth yang terletak jauh dari kami.

"Kami (telah beraksi) di Bulgaria, kemudian di Southampton (esok) dan pada Rabu pula kami akan sekali lagi terbang ke Macedonia dan begitulah seterusnya.

"Ini cukup dramatik tetapi saya lebih suka drama mewarnai pertandingan ini, ayuh berjuang selagi kami mampu."


Southampton kembali fokus kepada aksi minggu ini selepas tewas dalam perlawanan pembukaan.

Berikutan kekalahan kepada Brentford dalam Piala EFL, pengurus, Ralph Hasenhuttl, menjelaskan persiapan mereka terganggu untuk kempen baru ini telah menjadi faktor kepada permulaan perlahan mereka.

Ia sesuatu yang dikenal pasti oleh Mourinho selepas menyaksikan anak buahnya tumpas 0-1 dalam perlawanan sulung berdepan Everton sebelum mengatasi sembilan pemain Plovdiv pada penghujung perlawanan.

"Saya terbaca komen Ralph selepas perlawanan mereka dan saya boleh katakan ulasan saya ini sangat mirip dengan kata-katanya," katanya lagi.

"Ramai pemain yang belum berada di puncak prestasi. Kami tidak mengharungi pra-musim yang bagus, bahkan ramai pemain yang tidak menjalani sesi pra-musim.

"Dan kami juga menggunakan perlawanan-perlawanan ini sebagai langkah evolusi pemain dan pasukan.

"Tetapi kenyataannya, kami beraksi untuk mencapai kejayaan besar. Sekiranya kami tewas dalam satu perlawanan EPL, kami akan kehilangan tiga mata; jika hari ini kami kalah, kami akan tersingkir daripada Liga Europa.

"Sukar untuk menguruskan kedua-dua perkara dalam masa yang sama. Kami akan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.

"Perlawanan ini mungkin sepatutnya diadakan pada pukul 5 atau 6 petang bagi memberikan kami sedikit masa rehat, sebaliknya ia dijadualkan jam 12 tengah hari -- ini satu lagi keputusan hebat (sindir).

"Pada saat ini, kami bersiap adalah menjalani pemulihan."