WEST BROM 0 MANCHESTER UNITED 2

Tony Pulis yakin Jose Mourinho mampu mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United sama seperti yang telah dilakukan oleh Alex Ferguson.


United memungut tiga mata penuh selepas menewaskan West Brom 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hasil dua jaringan gol Zlatan Ibrahimovic bagi membantu United melakar kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan.

Mourinho telah mengharungi detik sukar bersama United sebelum ini, tetapi skuad bimbingannya telah mempertingkatkan mutu permainan sejak bulan lalu dan berada di landasan yang tepat untuk memenangi empat gelaran musim ini.

Pulis berasakan United telah memiliki pengganti yang tepat selepas David Moyes dan Louis van Gaal, sert membandingkan impaknya yang sama seperti Ferguson yang tiba di kelab pada 1986.

"United memerlukan tiga atau empat pengurus selepas Matt [Busby] meninggalkan kelab sebelum Alex menggerakan semula United," kata Pulis kepada BBC Sport. Mereka telah memilih pengganti yang tepat.

"Kelab, pemain-pemain dan penyokong harus memberikan sokongan serta mempercayai kebolehannya. Jika tidak tahun ini, tahun depan mereka akan mula memenangi piala sekali lagi. Segalanya telah tertulis. Beliau seorang pemenang, beliau tahun bagaimanapun untuk menang.

Ibrahimovic membuka jaringan seawal minit kelima perlawanan di The Hawthorns, menanduk masuk hantaran silang Jesse Lingard, sebelum pemain berusia 35 tahun menggandakan jaringan di separuh masa kedua.

"Kami telah bolos di awal permainan dan ia amat mengecewakan. Jaringan itu telah menggugat gaya permainan kami.

"Perkara terakhir yang kami mahukan adalah pasukan menjaringkan gol kedua, United mengandakan jaringan dan menyukarkan tugas kami untuk bangkit."