Mourinho patut menangis setiap minggu

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2017 2785
Mourinho patut menangis setiap minggu
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, sepatutnya lebih banyak merungut dan
menangis mengenai masalah kecederaan pemain berbanding Antonio Conte di
Chelsea.


Perkara itu diakui sendiri oleh Mourinho selepas mengkritik pengurus berbangsa Itali
itu bulan lalu, dengan menyifatkan Conte adalah seorang individu yang "menangis"
setiap minggu kerana ada pemain yang tercedera.

United akan bertandang ke Stamford Bridge esok tanpa beberapa tonggak utama
seperti Paul Pogba, Marouane Fellaini dan Michael Carrick, dan Mourinho dilihat cuba
meneruskan permainan minda yang sering dilakukan oleh bekas pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson.

"Saya tersilap kerana tidak menangis setiap minggu akibat ketiadaan pemain yang tercedera. Sepatutnya, saya perlu mengingatkan semua orang dalam setiap sidang media dan meratapi masalah kecederaan pemain," kata Mourinho.

"Ia keputusan saya dan saya salah tetapi itu adalah cara saya berdepan dengan masalah. Saya cuba untuk memberikan motivasi dan meyakinkan pemain lain bahawa mereka boleh menggantikan sesiapa yang tidak dapat beraksi.

"Saya rasa pengurus lain pasti akan merungut tentang ketiadaan Paul Pogba setiap minggu. Liga Juara-Juara tanpa Pogba. Perlawanan besar tanpa Pogba. Kami berdepan Liverpool, Chelsea dan Spurs tanpa Pogba.

"Oh, ia bukan sekadar Pogba tetapi Fellaini, Carrick dan sudah tentu Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen