Jose Mourinho harus akan mengemudi Manchester City meraih dua atau tiga trofi Liga Perdana Inggeris, kata legenda Chelsea, Didier Drogba.

Mourinho kini berada di bawah tekanan bersama Manchester United yang kini menduduki tangga kelapan liga selepas permulaan suram musim 2018/19, termasuk kekalahan pertemuan setempat dengan City sebelum aksi antarabangsa baru-baru ini.

Dalam kem City, Pep Guardiola memimpin pasukan itu menerajui takhta liga dan memecahkan rekod semusim bagi saingan 2017/18 tatkala mereka menjulang kejuaraan liga.

Namun, Drogba yang beraksi di bawah bimbingan Mourinho ketika dua kali di Chelsea, berasakan taktikal pengendali dari Portugal itu semestinya akan menghadirkan kejayaan buat City.

'Saya rasa jika anda meletakkannya di City, dia pasti telah memenangi dua trofi liga, mungkin tiga kali," kata Drogba.

"Anda menerima kritikan kerana menetapkan tahap kemenangan demi kemenangan dan kini, anda sama ada gagal menang atau meraih keputusan sama.

"Dia masih memiliki sentuhan itu. Jika anda lihat kepada pengurus-pengurus yang berada di United dalam beberapa tahun terakhir, menjadi pengganti selepas era Sir Alex Ferguson bukan sesuatu yang mudah. Keadaan kewangan sebelum ini juga tidak sama seperti sekarang.

"Orang ramai hanya memberi perhatian kepada yang terbaik dan dia merupakan salah seorang daripadanya. Sebab itu dia menerima perhatian itu.

"Saya rasa dia menerima cabaran kerana ia sesuatu yang besar dan jika orang ramai mengkritik, bagaimana untuk menikmatinya? Ia sukar. Apapun, dia tetap seorang manusia.

"Mourinho cuba mengubah pendekatannya dan itu yang dilakukan oleh pengurus terbaik, di mana melakukan perubahan apabila sesuatu perkara tidak berjaya."

Drogba memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris serta menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada 2012 sewaktu menyarung jersi The Blues.