Legenda bola sepak, Gheorghe Hagi, berkata Jose Mourinho akan mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United.

United menamatkan saingan di tangga ketujuh, keempat dan kelima sejak Alex Ferguson bersara selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2013.

Mourinho telah membantu United menghuni tangga keenam selepas 17 perlawanan, dengan The Red Devils telah memenangi tiga perlawanan dan semakin hampir untuk mendapatkan slot Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim hadapan.

Ikon Romania, Hagi, berkata 'The Special One' berkemampuan untuk mengungguli bola sepak Inggeri, walaupun gagal mempertahankan gelaran bersama Chelsea musim lalu.

"Mourinho mempunyai rahsia-rahsianya. Ia tidak mudah di United," Hagi memberitahu Omnisport.

"United terpaksa bergelut dua atau tiga musim selepas Alex Ferguson bersara," kata Hagi.

"Mereka perlu bersabar untuk kembali ke tahap terbaik mereka dan saya yakin Mourinho mampu mengembalikan zaman kegemilangan mereka."

Bekas rakan sepasukan Hagi di Barcelona, Pep Guardiola, juga telah memberikan impak bersama Manchester City.

Mencipta kemenangan dalam enam perlawanan untuk membantu City mengukuhkan kedudukan pada awal musim, namun mereka ketinggalan tujuh mata di belakang Chelsea kerana gagal mempamerkan aksi yang konsisten.

"Ya, saya menggemari taktikal Guardiola -- cara beliau berfikir, bagaimana beliau menganalisis perlawanan serta gaya permainannya."