Jose Mourinho mengkritik penggunaan VAR dalam aksi derby Merseyside dan pertembungan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Porto.

Everton seri 2-2 dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool 17 Oktober yang dipenuhi dengan kontroversi, termasuk beberapa keputusan pengadil terhadap skuad kendalian Jurgen Klopp.

Jordan Pickford mengelak daripada hukuman selepas melakukan terjahan terhadap Virgil van Dijk di Goodison Park -- terjahan yang memaksa pertahanan Liverpool itu bakal terlepas baki saingan musim ini, selepas berada dalam kedudukan ofsaid ketika insiden itu berlaku.

Liverpool menyangka telah meraih kemenangan dalam kecederaan, sebelum percubaan Jordan Henderson dibatalkan kerana Sadio Mane yang hanya sedikit berada di kedudukan ofsaid.

Terdapat juga saat yang penuh pertikaian ketika kemenangan City dalam aksi UCL ke atas Porto, apabila Ilkay Gundogan kelihatan memijak kaki penjaga gol Porto, Agustin Marchesin, pelanggaran yang memberikan penalti buat skuad kendalian Pep Guardiola.

"Saya berasakan sebegini kerana wujudnya VAR. Tanpa VAR, terdapat situasi di atas padang yang berlaku dan manusia, pengadil, melakukan kesilapan," kata Mourinho.

"Dan anda telah mengenali saya -- sukar bagi saya untuk menerima kesilapan manusia tetapi saya cuba mempelajari dan ketika ini, saya sentiasa menerima kesilapan pengadil.

"Apa yang tidak boleh diterima adalah kesilapan VAR. Jadi, saya berasakan jika pengadil perlawanan [derby Merseyside], 100 batu sejam, situasi yang telah berlaku, penjaga garisan mengatakan ofsaid, semua akan berkata, 'Ok, terjahan kasar telah berlaku tetapi ia tidak seharusnya dihukum'.

"Tetapi masalahnya adalah VAR itu wujud. Penjaga gol Porto itu mungkin sudah mengalami kecederaan patah kaki.

"Jika pengadil melakukan kesilapan, semua orang faham kerana permainan ini 100mph tetapi dengan VAR, bagaimana VAR itu boleh membuat kesilapan itu? Dan situasi Pickford bagi saya adalah sama. Ini VAR, bukan pengadil."