Jose Mourinho memuji peningkatan Tottenham selepas bangkit daripada permulaan 'rumit' selaku jurulatih dan percaya pasukannya sudah bersedia untuk memberikan cabaran musim depan.

Dua gol daripada Harry Kane selepas jaringan sendiri James Justin menyaksikan Spurs meraih kemenangan 3-0 ke atas Leicester City semalam dan meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mendaki ke tangga keenam liga.

Mourinho mengendalikan pasukan yang menghuni tangga ke-14 dan sekadar meraih tiga kemenangan dalam 12 perlawanan , tetapi kelab London utara itu di landasan untuk layak ke Liga Europa.

Mourinho memuji perwatakan pemain-pemainnya selepas mereka tersingkir daripada Piala FA dan Liga Juara-Juara (UCL).

"Pasukan adalah menjadi sebuah pasukan. Berdepan Sheffield United juga kami lakukannya sebagai sebuah pasukan," kata Mourinho.

"Saya berasakan pasukan telah mula mendapatkan keserasian dan ia merupakan langkah yang betul.



"Seperti yang saya katakan, menyertai pasukan pada pertengahan musim sentiasa menghadirkan situasi yang rumit dan sukar untuk membayangkannya selepas terlalu banyak masalah kecederaan.

"Tetapi situasi ini yang membantu kami untuk mengurusikan musim hadapan.

"Saya berasakan kami sudah selangkah di hadapan untuk menemui ramuan bagi memulakan saingan bagi musim hadapan."

Spurs akan menoktahkan slot ke Eropah jika memastikan mereka mengakhiri saingan musim ini di atas Wolves dan Sheffield United.

Tempat ketujuh juga sudah memadi jika Chelsea mengatasi Arsenal dalam saingan Piala FA dan Mourinho meletakkan sasaran untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang.
"Saya berasakan kami merupakan antara pasukan yang banyak meraih mata selepas saingan bersambung," katanya lagi.

"Kami akan cuba menamatkan saingan di tempat keenam, tetapi ia tidak hanya bergantung kepada kami. Kami perlu menang ke atas Crystal Palace, tetapi menunggu keputusan pasukan lain."