Mourinho enggan pertahankan tindakan Fellaini

Oleh Staff Writer 5 Disember 2016 0
Mourinho enggan pertahankan tindakan Fellaini

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho, enggan mempertahankan Marouane Fellaini gara-gara pemain itu menjadi punca Everton dianugerahkan sepakan penalti yang disempurnakan Leighton Baines bagi mengesahkan keputusan seri 1-1 di Goodison Park.

United mendahului perlawanan pada babak pertama hasil jaringan Zlatan Ibrahimovic.

Selepas dibawa masuk selaku pemain gantian dalam penampilan ke-100 bersama United, Fellaini mengasari Idrissa Gueye di dalam kotak penalti, sekaligus membenarkan Baines menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Keputusan seri itu bermakna United hanya memenangi dua daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris, dengan Mourinho enggan memberi komen mengenai insiden yang melibatkan Fellaini.

Ketika diajukan soalan mengenai insiden tersebut, Mourinho memberitahu BBC Sport: "Tiada komen. Saya tidak akan memberi komen.

"Kami merupakan pasukan yang lebih baik di atas padang dan keputusan itu tidak mencerminkan aksi kedua-dua pasukan."

Mourinho turut enggan memberi komen terhadap bentesan keras Marcos Rojo terhadap Gueye dalam separuh masa pertama, dia sekadar berkata: "Saya tidak akan memberi komen.

"Kami perlu berkerja lebih keras. Phil Jones dan Rojo telah bermain dengan cukup baik meskipun jarang mendapat peluang dalam tempoh dua tahun ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen