Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, percaya Burnley mampu mencabar untuk mendapatkan tempat beraksi dalam saingan di Eropah musim ini.

Skuad bimbingan Sean Dyche itu telah melakar kejutan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menduduki tangga ketujuh selepas 19 perlawanan berlangsung.

Menjelang kunjungan The Clarets ke Old Trafford, Mourinho memuji Burnley, dengan memberi sokongan kepada mereka untuk mendapatkan tiket beraksi di Eropah musim depan.

"Jika terselamat dalam saingan EPL adalah objektif mereka, ia sudah berada dalam poket mereka. Burnley sedang beraksi dengan cemerlang," kata Mourinho.

"Jika objektifnya adalah menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik, mereka mampu melakukannya.

"Jika mereka mahu beraksi di Eropah musim depan, mereka juga boleh melakukannya kerana mereka berhak untuk mendapatkannya di atas persembahan cemerlang musim ini," katanya.

Hanya Manchester City (12), Chelsea (14) and Manchester United (14) yang kurang bolos dalam saingan liga jika dibandingkan dengan Burnley (15), musim ini.