Jose Mourinho berkata Romelu Lukaku tidak meraikan gol ketika menewaskan West Brom 2-1 sebagai tanda cinta kepada bekas kelabnya itu.

Lukaku membuka jaringan buat United ketika meraih kemenangan 2-1 di The Hawthorns semalam, dengan menanduk masuk hantaran silang Marcus Rashford sebelum Jesse Lingard menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Tetapi pemain kebangsaan Belgium itu enggan meraikan golnya yang ke-10 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), mengulangi perkara yang sama ketika meledak gol ketika bertemu Bournemouth.Mourinho mempertahankan tindakan Lukaku, yang menjaringkan gol pertamanya ke atas West Brom selepas dipinjamkan kepada kelab itu ketika bersama Chelsea.

"Saya juga tidak meraikannya -- tiada siapa yang lebih gembira berbanding saya," kata Mourinho.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi 15 tahun yang lalu, melihat pada diri saya sendiri -- bagaimanapun saya selalu meraikan gol. Kematangan membenarkan saya mengawal emosi dengan lebih baik. Melainkan anda menjaringkan gol pada penghujung permainan.

"Lukaku menunjukkan tanda cinta kepada kelab ini. West Brom merupakan permulaannya untuk membentuk gaya permainannya sekarang.

West Brom kekal tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan di bawah kendalian Alan Pardew walaupun berjaya meledak gol pertama hasil jaringan sagu hati Gareth Barry.