Pertahanan England, Tyrone Mings, memperbaharui kontraknya bersama Aston Villa sehingga Jun 2024.

Mings, yang pada asalnya menyertai Villa secara pinjaman daripada Bournemouth, membantu pasukan itu kembali menyertai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2019,

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai pasukan berkenaan secara tetapi dalam musim 2019-20 dan meneruskan aksi cemerlangnya -- melakukan penampilan pertamanya bersama England ketika menewaskan Bulgaria 6-0 dalam pusingan kelayakan Euro 2020, Oktober tahun lalu.

Kejayaan mengikat Mings itu melengkapan bulan penuh produktif buat Villa.

Ia selepas perancang utama, Jack Grealish, bersetuju untuk melanjutkan kontraknya selama lima tahun minggu lalu sebelum mereka menandatangani penjaga gol, Emiliano Martinez daripada Arsenal dan penyerang Lyon, Bertrand Traore.