Milner: Saya tidak suka Liga Super Eropah 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 April 2021 3560
  Milner: Saya tidak suka Liga Super Eropah 
James Milner meluahkan pendiriannya apabila menentang cadangan pembentukan Liga Super Eropah (ESL).

Pemain tengah veteran Liverpool itu bercakap selepas mereka seri 1-1 menentang kelab akademinya, Leeds United, di Elland Road, awal pagi tadi, selepas dibayangi pengumuman kontroversi penganjuran sebuah kejohanan baru di peringkat benua, kelmarin. 

The Reds adalah salah sebuah daripada 12 kelab terbabit dan keenam-enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menyatakan persetujuan untuk menyertai pertandingan elit baru yang menetapkan keahlian tetap 15 pasukan tetapi peluang terhad buat pasukan lain kerana perlu memenuhi syarat tertentu. 

Badan induk antarabangsa termasuk Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut mengecam keras tindakan itu dan selepas perlawanan, Milner menyusuli tindakan berani pengurusnya, Jurgen Klopp, yang membawa mesej bertentangan dengan pemilik Liverpool yang berpangkalan di Boston, Fenway Sports Group.

"Saya hanya boleh menyatakan pendapat peribadi saya. Saya tidak menyukainya dan mudah-mudahan ia tidak berlaku," kata bekas pemain Manchester City itu kepada Sky Sports.

"Sulit bagi kami untuk membuat persiapan menghadapi perlawanan ini. Saya hanya dapat membayangkan apa yang telah diperkatakan (Klopp) dan mungkin bersetuju dengan kebanyakannya."

Peminat Leeds melakukan demonstrasi di luar stadium menentang penubuhan Liga Super Eropah sementara barisan pemain tuan rumah memanaskan badan seragam yang mencabar Liverpool agar meraih kelayakan UCL dengan cara yang betul. 

Dalam perlawanan itu, Sadio Mane meletakkan The Reds di depan tetapi tandukan lewat Diego Llorente menafikan kemenangan pelawat untuk memintas pasukan di tangga keempat, West Ham, menerusi perbezaan gol.


 

You just knew Victor would be front and centre 👌

Posted by Leeds United Live on Monday, April 19, 2021


"Pemain tiada suara. Saya rasa kata-kata aluan di atas padang itu agak tidak adil," tambah Milner.

"Kami di sini untuk bermain bola sepak dan (situasi ESL ini) di luar kawalan kami."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen