Messi ketuai kesebelasan percuma 4-3-3

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Januari 2021 6027
Messi ketuai kesebelasan percuma 4-3-3
Tanggal 1 Januari bukan sahaja bermakna Tahun Baru, sebaliknya bagi beberapa pemain di liga Eropah ia menandakan hari untuk mereka berpeluang merancang perpindahan yang menguntungkan ke kelab baru.

Sejumlah pemain handalan termasuk Lionel Messi daripada Barcelona, kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan bermula bulan ini, mereka bebas untuk memulakan rundingan bersama kelab berpotensi.

Sudah tentu bintang Argentina itu akan menjadi perhatian utama tetapi ada lagi beberapa nama besar yang bebas berkelana selepas enam bulan ini.

Inilah senarai kesebelasan formasi 4-3-3 di samping pemain pilihan kedua yang bakal tamat kontrak pada 2021, seterusnya boleh berpindah secara percuma.

Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (Marko Dmitrovic)

Bek kanan: Elseid Hysaj (Kenny Lala) 

Pertahanan tengah: Eric Garcia (Shkodran Mustafi) 

Pertahanan tengah: Sergio Ramos (Jerome Boateng)

Bek kiri: David Alaba (Romain Saiss)

 

Pemain tengah: Georginio Wijnaldum (Hakan Calhanoglu)


 

Pemain tengah: Fernandinho (Mesut Ozil)

Pemain tengah: Luka Modric (Julian Draxler)

Pemain tengah: Lionel Messi (Florian Thauvin, Lucas Vazquez)

Penyerang: Sergio Aguero (Olivier Giroud, Arkadiusz Milik, Diego Costa)

Penyerang: Memphis Depay (Angel Di Maria)
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen