Mereka mahu gagalkan United -- Solskjaer berang jadual perlawanan terlalu padat

Oleh Ammar Hakim 8 November 2020 2345
Mereka mahu gagalkan United -- Solskjaer berang jadual perlawanan terlalu padat
Ole Gunnar Solskjaer mengamuk dengan jadual Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan Manchester United di Everton, dengan mendakwa, "Mereka sedang cuba menggagal kami." 

United menang 3-1 di Goodison Park semalam hasil dua jaringan Bruno Fernandes dan gol pertama Edinson Cavani untuk kelab, selepas Bernard meletakkan The Toffees mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.



Perlawanan ini hadir selepas 48 jam United tiba di England dari Turki, di mana mereka tewas 2-1 kepada Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Solskjaer berkata pada Jumaat bahawa telah meminta perlawanan bertemu Everton untuk masa yang lain telah ditolak seperti mana yang beliau bimbang mengenai tahap kecergasan pemain semasa jadual padat akan menjadi lebih teruk dengan gangguan yang disebabkan oleh wabak coronavirus. 

Pengurus The Red Devils itu kelihatan bertekad untuk memberikan tumpuan kepada jadual saingan yang padat selepas mengatasi skuad kendalian Carlo Ancelotti itu, daripada membincangkan perkara positif bagi mengurangkan sedikit tekanan di bahunya. 

Malah, Solskjaer mengesahkan Luke Shaw mengalami kecederaan hamstring dan Marcus Rashford kelihatan bergelut pada penghujung permainan.
 
"Kami telah dirancang untuk gagal," katanya kepada BT Sport. "Saya katakan kepada anda sebelum ini, ketika saya bercakap dengan anda sebelum perlawanan bermula, ia kelihatan United bakal menghadapi kegagalan.

"Kami membuat Luke Shaw cedera hari ini kerana kami berkunjung ke Turki, kami telah banyak beraksi musim ini, dan kai telah beraksi di Turki pada Khamis dan Sabtu kami turun semula ke padang. Ini adalah satu masalah yang serius dan saya amat memuji apa yang dipamerkan pasukan.

"Itu sahaja yang ingin saya bincangkan hari ini. Mereka berhak meraih kemenangan berbanding menghadapi kegagalan lagi.

"Liverpool dan [Manchester] City -- mereka telah beraksi pada hari Rabu dan kembali bertemu hari ini. Siapa yang bertanggungjawab? Kami sudah muak dengan perkara ini.

"Pemain-pemain, musim ini, saya telah katakan semalam, anda perlu memahami mereka, bagaimana situasi semasa menggugat mental, fizikal mereka, dan anda menetapkan jadual seperti ini? Kami kehilangan khidmat Luke Shaw kerana jadual padat.

"Aturkan perlawanan kami pada Ahad, tiada masalah langsung. Terdapat aksi perlawanan antarabangsa selepas ini. Perkara ini seperti sesuatu yang tidak masuk akal."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen