Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, telah kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas mengalami kecederaan pinggul ketika tugasan antarabangsa bersama Senegal.

Persatuan Bolasepak Senegal (FSF) semalam mengesahkan bahawa Mendy telah meninggalkan pasukan itu untuk menjalani ujian di Hospital bekenaan kecederaan di pinggul kanannya.

Mendy akan menjalani pemeriksaan lebih lanjut sebaik tiba di London.

Senegal sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Maghribi dalam satu perlawanan persahabatan awal pagi esok dan akan bertemu Mauritania, Rabu depan.

Mendy melengkapkan perpindahannya daripada pasukan Ligue 1, Rennes, kepada Chelsea dengan yuran bernilai £22 juta (RM118.2 juta) pada September lalu.

Dia diturunkan ketika Chelsea terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur dalam Piala EFL, di mana The Blues tewas dalam penentuan penalti, sebelum melakukan penampilan pertamanya dalam EPL dengan menwaskan Crystal Palace 4-0.

Skuad kendalian Lampard itu akan meneruskan kempen liga dengan menentang Souhthampton di Stamford Bridge pada 17 Okotober ini.