Kapten Burnley, Ben Mee, menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-62 yang membantu pasukannya menewaskan Crystal Palace 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park awal pagi tadi.

Kemenangan itu turut melonjakkan skuad The Clarets berkenaan ke kelompok separuh teratas liga musim ini.

Palace mungkin bernasib baik kerana tidak kehilangan seorang pemain dalam babak kedua apabila Jordan Ayew tidak dikesan melibas muka Josh Brownhill dengan lengannya oleh video bantuan pengadil (VAR).

Skuad kendalian Sean Dyche itu berada di depan menerusi jaringan Mee, yang menanduk masuk bola daripada sepakan percuma Ashley Westwood walaupun ia sebenarnya dapat dibaca oleh penjaga gol, Vincente Guaita.

Luka Milijovic kemudian menanduk bola yang melepasi palang gol buat pasukan tuan rumah itu, sekali gus menyaksikan Burnley memintas mereka untuk menduduki tangga kelapan selepas merekodkan 13 perlawanan tanpa bolos.