McTominay puji Fernandes, gembira persaingan dengan Matic

Oleh Staff Writer 12 Mac 2020 1096
McTominay puji Fernandes, gembira persaingan dengan Matic
Scott McTominay memuji kehadiran Bruno Fernandes sambil mengalu-alukan saingan dalam kesebelasan utama Manchester United selepas Nemanja Matic kembali ke prestasi terbaik.

Fernandes menyertai United daripada Sporting CP, Januari lalu dan kini telah meledakkan tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam lapan penampilan.

Aksi bintang Portugal itu mencuri tumpuan sewaktu kemenangan 2-0 ke atas City selepas pemain berusia 25 tahun itu melakukan hantaran lambung untuk Anthony Martial menyumbat gol pembukaan.

Dan McTominay jelas teruja dengan rakan sepasukan barunya itu sejak tiba di Old Trafford, enam minggu lalu, sehingga memacu kepada prestasi terbaik anak buah Ole Gunnar Solskjaer.

"Dengan Fernandes, anda boleh lihat dia sebagai seorang pemenang. Dalam latihan juga ia boleh dilihat," katanya.

"Dia tersenyum untuk mendapatkan bola dalam apa jua situasi dan melakukan hantaran bahaya. Kami memerlukan kreativiti itu. Saya tidak mampu memberikan kredit bagaimana dia bermula.

"Dia sangat berkeinginan tinggi sebagai pemain di belakang penyerang yang sentiasa mahukan bola tetapi memberi kesegaran. Dia mempunyai personaliti yang diperlukan kelab."

Solskjaer memilih untuk menggandingkan Fernandes, Fred dan pemain yang berada dalam prestasi terbaik, Matic, dan produk akademi, McTominay, melihat persaingan itu sesuatu yang baik bagus.

"Ia penting. Jika anda tidak bersaing, pemain akan terlalu selesa," tambahnya.

"Ia mampu memberikan persekitaran yang baik dan United sentiasa memilikinya.

"Saya mahu menjadi pemain pertama dalam kesebelasan utama tetapi Matic adalah seorang pemain hebat dan banyak perkara boleh saya pelajari daripadanya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen