Matic: Rashford mampu beraksi lebih cemerlang

Oleh Penulis Jemputan 24 Disember 2019 233
Matic: Rashford mampu beraksi lebih cemerlang
Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic, berasakan Marcus Rashford memiliki ruang untuk berkembang menjadi pemain yang lebih matang dan berkualiti.

Rashford telah meledak 14 gol buat United bagi musim 2019-20, rekod terbaiknya sepanjang bergelar pemain senior.

Pemain berusia 22 tahun itu kini bertindak sebagai pemimpin barisan muda kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu dan merupakan pemain paling konsisten sepanjang aksi pasang surut United di Old Trafford.

Matic, bagaimanapun, yakin Rashford mampu menjadi pemain yang lebih berkualiti jika masa diberikan untuknya berkembang.

"Rashford seorang pemain yang berpotensi. Dia perlu menjadi lebih matang dan apa yang boleh saya katakan, setiap tahun, setiap bulan, dia menjadi lebih bagus.

"Dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, Rashford akan membuktikan kualiti sebenarnya. Tetapi dia masih lagi muda, kami tidak boleh mengharapkan dia beraksi cemerlang sepanjang 40 perlawanan.

"Dia semestinya mampu menjadi penyerang terbaik dunia."

Ramai bekas bintang United kerap mengkritik barisan semasa pasukan ketika bertindak sebagai pengkritik rancangan bola sepak, suatu perkara yang tidak adil bagi Matic ketika skuad kini dibarisi pemain-pemain muda.

"Saya berasakan ia adalah tugas mereka jika berada di hadapan kaca televisyen, ia adalah tugas mereka untuk berkata sesuatu," katanya. 

"Kadangkala mereka berkata benar, mungkin; kadangkala mereka mengkritik pemain-pemain muda, sesuatu yang tidak baik pada pandangan saya, terutama anda merupakan seorang bekas pemain United dan anda telah beraksi bersama pasukan tersebut 10, 15, atau 20 tahun yang lalu.

"Anda harus membantu pemain-pemain jika mampu. Tetapi mereka mungkin mendapat duit daripada tugas mereka dan perlu memberikan pandangan. Sejujurnya, saya tidak menontonnya kerana perkara paling penting adalah pandangan jurulatih dan kelab. Jika mereka gembira dengan tugas saya, ia sudah memadai."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen