Masa depan Oscar akan ditentukan dalam tempoh terdekat

Oleh Staff Writer 15 Disember 2016 1
Masa depan Oscar akan ditentukan dalam tempoh terdekat

Susulan dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Super China, Shanghai SIPG, pengendali Chelsea, Antonio Conte, berkata masa depan pemain Brazil, Oscar, akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Oscar sekadar membuat 10 penampilan musim ini dan hanya beraksi selama 90 minit ketika berdepan Burnley, Ogos lalu.

Dikhabarkan, Shanghai sedia menawarkan Chelsea GBP50 juta untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke China, namun Conte menegaskan bahawa pencerahan akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Perkara ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat. Itu sahaja ulasan saya," pengurus Chelsea itu memberitahu pihak media susulan kemenangan 1-0 ke atas Sunderand.

"Pada saya Oscar pemain yang bagus, namun kadang-kala timbul situasi di mana sukar untuk dihadapi." 

Kemenangan di Stadium of Light meletakkan Chelsea mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan enam mata.

Bagaimanapun, Conte menjangkakan perebutan kejuaraan akan melibatkan lima pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Saya tidak gemar melihat carta liga. Kejuaraan tidak akan ditentukan pada hari ini," tambahnya.



Tentang Penulis

Staff Writer

Komen