Masa depan Grealish terus jadi tanda tanya

Oleh Ammar Hakim 22 Julai 2020 453
Masa depan Grealish terus jadi tanda tanya
Jack Grealish -- yang dikaitkan dengan Manchester United -- mengakui dia tidak pasti sama ada dia telah beraksi buat kali terakhir di laman sendiri untuk Aston Villa ataupun tidak.

Kapten Villa, Grealish, mengetuai pasukannya ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Arsenal awal pagi tadi, menyaksikan skuad kendalian Dean Smith melintasi Watford dan keluar daripada zon penyingkiran.

Tidak mengira status terkini kelabnya, masa depan pemain tengah itu kini dalam keraguan.

United merupakan antara kelab yang berminat untuk menandatangani Grealish, yang tidak dapat mengesahkan dia akan kembali menyarung jersi Villa pada permulaan musim hadapan.

"Saya tidak pasti," katanya kepada Sky Sports. "Sasaran saya adalah memastikan kelab ini kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Seluruh kelab, stadium, dan penyokong mengetahui di mana kami berhak berada. Itu yang berada dalam fikiran saya sekarang, memastikan kelab ini kekal dalam EPL. Kami berharap untuk melakukannya Ahad ini."



Trezeguet meledak gol penting buat Villa -- yang ketiga dalam tiga perlawanan -- dan Grealish masih belum menjaringkan gol atau melakukan bantuan jaringan sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung.

Bagaimanapun, perancangan Villa itu berasakan semakin hampir mencapai tahap terbaik ketika bertemu Arsenal, termasuk melakukan lorongan buat Keinan Davis yang gagal menyempurnakan percubaannya. 

"Ia sangat bermakna bagi saya [memastikan Villa kekal dalam EPL]. Saya berasakan sejak EPL bersambung, saya gagal memberikan permainan yang berkesan seperti sebelum ini.

"Tetapi ia bukan alasan, saya perlu melakukan perkara yang sepatutnya."
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen