Arsenal kehilangan khidmat Gabriel Martinelli bagi baki saingan musim ini selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut.

Penyerang berbangsa Brazil itu menjalani pemebedahan selepas mengalami kerosakan rawan di lutut kirinya dalam sesi latihan Ahad lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan 10 lgol daripada 26 penampilan dalam kesemua kejohanan musim ini sejak tiba daripada Ituano menjelang musim 2019-20.

Arsenal berharap pemain itu dapat kembali berlatih dalam jangka masa dua atau tiga bulan lagi.